Wednesday, March 7, 2007

having picnic at "Padang 11"

Hari ini tanggal 7 Mac 2007, kami sekawan telah mengadakan perjumpaan atau boleh juga disebut reunion. Hari yang cukup menarik buat kami kerana kami dapat meluangkan masa bersama -sama setelah kian lama kami tidak bertemu. masing2 sibuk dengan hal masing2.
Kadang2 hal ini buat saya berfikir. Mengapa tidak kami mulakan dari dulu lagi?? kenapa harus memilih hari2 tertentu untuk berkumpul?? saya tersenyum sendirian. Sesungguhnya perkara yang tidak dirancang itu lebih bermakna berbanding apa yang telah disusun. Mungkin itulah yang dikatakan takdir Tuhan. Mungkin Tuhan ingin membuka mata kita bahawa kita hanya perlukan masa dan tempat yang sesuai, segala apa yang akan berlaku hanyalah ditanganNya dan logika kita.
Siapa sangka dengan hanya bertempat di bawah pokok, dan berbekalkan makanan yang kami bawa, cukup dapat menceriakan keadaan serta membawa keindahan di pagi Rabu ini. Pertemuan ini juga telah merapatkan hubungan diantara kami yang sebelum ini tidak pernah berbicara antara satu sama lain.
To all my frenz, I love U guys so much.. I hope Our frenship will last untill d end no matter where we go or no matter who we will be.. We r d sweetest fren eva.. =)

..asyiq