Monday, June 9, 2008

The Fear In Our Hearts......

Ini lah kesilapan dan kelemahan terbesar manusia, TAKUT. Akan tetapi ia merupakan perasaan yang harus ada kerana kita perlu menghadapi rintangan untuk menhargai kejayaan kita.

Seharusnya kita harus mengatasi ketakutan itu. Ia hanyalah menjadi halangan kepada orang yang tidak mahu menerima realiti.

Suara hati adalah senjata kita , umat manusia , yang paling berkesan. Ia mampu menggulingkan kerajaan, menghancurkan hidup dan menyelamatkan dunia.

Jadi buangkanlah rasa takut itu dan keluarkanlah suara hati kita. Luahkan apa yang disimpan. Jika betul, seharusnya dikongsi. Jika salah, tidak harus dicaci, sebaliknya ia haruslah diperbetulkan.
Hanya dengan cara itulah rakyat boleh dibentuk menjadi sebuah masyarakat yang berintelektual dan berani.

Jadi marilah kita mulakan langkah ini. Nyahkan rasa takut anda. kita mulakan dengan perbualan dan coretan2 di blog ini. Dan kita harap agar usaha kita akan diteruskan oleh yang lain. Satu langkah kecil untuk kita, satu lompatan GIANT untuk manusia. hahahaha. sori. xtau camana nak terjemah peribahasa tu.

No comments: