Saturday, October 20, 2007

Aku Cinta Padamu Kura-kura

Aku cinta padamu kura-kura hanyalah satu tajuk tanpa makna. Hanya sekadar hiburan bagi menarik perhatian pembaca agar tertumpu pada nukilan ku ini. Namun, statementasi tadi adalah bagi imaginasi minda bangsa yang tiada logika. Hakikatnya, ada makna tersirat disebalik kata-kata pujangga ini. Carinya dengan kebijaksanaan yang dianugerahi.

Keluhan suara jiwa tiada siapa yang dengar hingga ke arah angin sekalipun, ia hanya sekadar bisikan kecil dengan suara tanpa bunyi. Bagaimana ketukan akan berbunyi tanpa alur yang menyampaikannya. Begitulah kita yang melakukan sesuatu aksi yang ada responsibility tersendiri atas setiap tindakan itu. Renunglah. Selari dengan usia yang sedang meningkat ini, kita perlu yakin dan sedar bahawa kematangan dalam diri kita akan membawa kita ke satu arah yang berbeza. Berbeza dalam setiap individu. Setiap aksi yang kita aplikasikan, akan menkadikan kita seseorang yang berbeza personalitinya.

Sampai bila kita akan menjadi lembab dalam meneruskan perjalanan hidup? Sampai bilakah kita akan tertanya-tanya dengan setiap langkah yang kita ambil? Jika hal ini berterusan, semakin perlahanlah perjalanan hidup kita. Masa harus berlalu. Jika ia berhenti, sia-sialah hidup manusia. “demi masa, sesungguhnya manusia itu kerugian”.. kecuali yang beriman dan beramal solleh.

Jadilah seperti kura-kura. Biarpun perlahan pergerakkannya, namun setiap langkah dimanfaatkan sepennuhnya. Jadikan hidup manusia lebih bermakna dengan setiap perbuatan itu. Agar hidupku lebih aman dan tenteram. Begitulah juga sekalian bangsaku. Aku cintamu kura-kura.. sesungguhnya kuasa kata buat pedoman semua.

Aku hanyalah pujangga. Pemanipulasi minda. Pembicara kata. Imaginasi semesta. Renung-renungkanlah.. wasalam…

No comments: