Saturday, October 27, 2007

dari pujangga ke rapper.. sapakan sangka??

actually, the title was not referring to me. i never want to be a rapper. i cant even rap. can ask arma how terribly i rap. hahaha... maybe you'll be wondering who am i referring to. well, its not amin for sure, or iqbal who love to sing out of key. come on arma. its not you. you not even pujangga. u just a person who write song at tangga. haha.. got it?? pujangga~tangga?? hahaha.. ok. i know its not funny.

I'm talking about our or my beloved "Sasterawan Negara", A.Samad Said. he is a rapper now.. so cat ruffedge, dont u ever think that u d only one can rap around ere. i was shock when i first hear this news too. it happened when i was driving back from Johor to Subang last week. everyone in the car was listening to hot.fm, lebih hangat dari biasa..

mulanya dj mengatakan bahawa a.samad said ada menulis sebuah lagu di dalam album terbaru Ferhad. tapi aku tidak sangka bahawa Bbeliau juga rap di dalam lagu itu hingga aku mendengarnya dengan telingaku sendiri. ia agak kelakar bila mendengarnya, tapi bila terfikir kembali, "this guy is so cool".

mari kita berbicara tentang lagu itu serta keseluruhannya. lagu itu sebenarnya sangat unik. tajuknya diberi "kukoo", seperti bunyi ayam berkokok. rentaknya juga rancak. sesuai dengan ferhad yang merupakan penyanyi soul and rnb. tetapi, keunikannya terletak pada liriknya yang begitu puitis. dimana terdapat makna tersirat didalam lirik serta rentak yang diberikan. aku sungguh kagum dengan pencapaian ini. hal ini kerana dapat menarik remaja sekarang untuk lebih menghargai bahasa2 ibunda serta memartabatkan puisi melayu.

sememangnya kita akan terhibur apabila mendengar lagu ini kerana ia akan membuatkan kita terfikir. eh, a.samad said menyanyi?? eh, kenapa lagu ni rancak?? bukankah a.samad said seorang penyajak? rentaknya juga haruslah seperti puisi.. kenapa fenomena ini bisa terjadi??

sebenarnya, pak samad said tidak menyanyi atau rap. beliau hanya mendeklamasi puisi mengikut rentak yang sesuai. lagu ini rancak kerana mungkin mereka ingin membuat sesuatu yang lain dari yang lain. tidak semestinya puisi hanya berentak perlahan. ia sebenarnya boleh disampaikan dengan pelbagai cara. terpulang pada audien untuk menerimanya. secara logik, jika lagu ini berentak perlahan, adakah mungkin dapat menarik remaja2 sekarang? fenomena ini terjadi kerana ingin menarik perhatian orang ramai serta menyedarkan mereka yang memandang rendah tentang lagu melayu bahawa lagu melayu sudah berubah. lagu melayu sudah mencapai revolusi baru yang bisa sebaris dengan lagu2 antarabangsa.

haha.. ini mungkin pedas sedikit, tetapi ku mempunyai point tersendiri. renug-renungkanlah..

No comments: