Saturday, October 27, 2007

Ku Promise hari ini

senyap la ma.. i was about to post a blog yesterday, but somehow i cant get myself logged in. so, i start today then. is this a competition or what?? suker hati kamulah.

esok aku bakal menduduki kertas peperiksaan bahasa melayu. saja maha mempersediakan diri untuk esok dengan menggunakan skil menulis ku. mungkin hanya kertas bahasa melayu, tetapi tahap yang sedang kami hadapi buat masa ini bukanlah tahap sewaktu menduduki sPM dimana cikgu telah memberi segala-gala ilmu sebelum menduduki peperiksaan. kini kami terpaksa mencari segalanya sendiri dan belajar sendiri. aku masih terpinga-pinga serta tertanya-tanya apakah akan aku jawab esok?? ish.. runsing sudah bebanan di kepala ini. ingin ku mencari ketenangan namun ketenangan hanya membuatkan ku lebih gundah gulana. adakah ini yang akan sentiasa kita rasa setiap kali peperiksaan? haha.. mainan jiwa saja. bak kata Hana.. "its ur mind setting..just get over it.." akan ke pegang kata-kata itu (seperti ku mampu). haha.. haizz.. hidup ini penuh dengan dugaan(test).. tapi orang kata, tanpa dugaan, tiada kehidupan.

mungkin kehidupan dan dugaan merupakan sesuatu yang amat berkait rapat. seperti isi dengan kuku. kenapa lah kehidupan tidak berkait rapat dengan makanan? bukankah lebih mudah begitu? kita hanya perlu makan sahaja. that is what we call life. YEAH!! hurm.. merapek sudah aku. apa yang ingin kusampaikan sebenarnaya bukan perasaan ku sahaja. tetapi inilah realiti sebenar dimana kita akan sentiasa berhadapan dengan spekulasi-spekulasi dalam kehidupan kita. ia tidak akan berhenti. Allah akan sentiasa menguji kita demi mencari hambaNya yang setia.

bersedialah kalian. hidup kita tidak lama. siapakan jangka apa akan jadi pada kita. siapalah kita untuk menjangkanya juga?

No comments: